 KAMI ADALAH SEPASANG SUAMI (RASZ) DAN ISTERI (AIN)
PERJALANAN HIDUP KAMI IALAH MENYERU MANUSIA KEPADA SLOGAN KATA 'HIDUPKANLAH BACAAN AL-QUR'AN TIDAK KIRA DIMANA SAHAJA!'
SEKIRANYA SAHABAT2 BLOG ADA KOMEN DAN IDEA, SEPULUH JARI KAMI SAMBUT SALAM PERKENALAN.
Anda adalah pengunjung yang ke
|
|
|
 |
|
Oct 13, 2005
Kembali ke Al Quran. Selamat berpuasa.
Assalamualaikum kawan2 seblog ku. Apa khabar semua ? Semoga berada dalam keadaan sehat wal afiat hendaknya. Segala puji bagi Allah tuhan ku . Selawat dan salam keatas nabiku Muhammad saw dan ahli keluarga serta sahabat2nya . Raszain bershukur kepala Allah kerana masih di beri kesempatan untuk bertemu dgn bulan Ramadhan ini. Bulan yang menjadi peristiwa yang bersejarah di mana kalamullah di turunkan khas di bulan ini. Bulan nuzul quran. Maka diwajibkan Allah kepada hamba2nya berlapar dan dahaga dari terbit matahari hingga terbenamnya. Dan ditambahkan Allah akan pahala2 kebaikan bagi siapa2 yg melakukan kebaikan di dlm bulan yg mulia ini.
Bagi Ras kegiatan di bulan ini berlainan banyak dari bulan2 yang lain. Bulan ini adalah bulan siratul rahim antara Ras dgn guru2 Ras yg datang dari Mesir. Alhamdulillah tahun ini tiga Qari dari Mesir telah datang ke masjid Ba' Alwie Singapura. Sheik Ramadhan Mutawe , Sheik Mahmud Ibrahim dan Sheik Inzil rijal , ketiga3 hafiz ini merupakan guru2 Ras . Di bulan ini lah Ras dapat membaca Al quran di depan beliau2 ini dgn bertarannum sambil menambah lagi pengetahuan dari tunjuk ajar Sheik2 ini. Maklumlah siapa lagi yang lebih arif dalam bidang tarannum atau lagu2 Arab selain bangsa Arab sendiri.Ras yang berbangsa melayu bukan apa hanya menurut sunnah nabi Ras sahaja yang berbangsa arab. Lagi pun bacaan2 Qari2 Arab ni lebih menyentuh hati Ras dari mendengar bacaan Qari2 asia kita ini, walaupun Ras tidaklah faham betul akan makna2 ayat yg di baca itu tetapi bila mendengar suara2 Qari2 arab ini baca sudah dapat Ras hayati nada suara mereka2 ini. Ada yang membaca dgn suara yan pilu merayu , ada yg membaca dgn suara yg penuh keyakinan dan berbagai2 suara yang mudah kita faham bunyinya.
Sudah masuk tahun yg ke lima bagi Ras menemani Sheik2 Arab ini membaca di merata masjid di Singapura ini. Yang pelik selama mengikuti Sheik2 Arab ini , tiadalah Ras bertemu dengan peminat2 bacaan AL quran yang sejati. Ada pula komen2 dari para makmum kita yg mendengar mengatakan Sheik2 ini tidak tahu bertaranum , alasan yg di berikan bacaan2 Sheik ini tidak seperti bacaan 2 Qari di sini. Sungguh cetik sekali pengetahuan saudara2 kita disini tentang taranum dan cara2 pembacaan Al Quran.Sudahlah mereka bukan hendak bertanyakan dgn Sheik Arab ni mereka membuat tuduhan pula. Yang menjadi lagi aneh , ada Imam2 setempat kita yang apabila ditegurkan tentang kesalahan sebutan bacaan mereka ada yang cuba mengelak dan menunjukkan rasa tidak senang mereka. Padahal pada pandangan Ras Sheik2 ini menegur dgn ihklas agar bacaan para imam 2 kita disini bertambah baik mutunya, dan tidaklah para makmum kita merasa bosan dengan bacaan Imam2 kita disini .. Wallahua'lam...... Firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat ke 183 yang bermaksud :-
" Hai orang2 yang beriman, di wajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang2 sebelum kamu agar kamu bertakwa "
Sekian lah sahaja dari Ras .
Sehingga kita bertemu lagi .
Selamat berpuasa.
Wassalam
Posted at 02:29 pm by raszain
Permalink
Aug 26, 2005
Kembali Ke Al Quran . Bercerai berai .
Diam2 sudah masuk hampir lapan bulan nenulis di blog ni . Razs rasa bershukur kepada Allah . Masih di beri kesempatan dapat menulis lagi. Salam keatas junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW dan para sahabatnya. Kepada Kawan 2 seblog semoga bahagia.
Dan tidak lupa kepada Beau Mira yang baru di tinggal ibu nya . Salam tahziah dari Rasz . Kiriman Al fateha kepada Almarhuma ibumu. Dari Malik bin Rabiah as-Sa'idi r.a. katanya " Pada suatu ketika kita semua duduk2 di sisi Rasulullah saw , tiba2 datanglah kepadanya seorang lelaki dari bani Salamah. Orang itu bertanya : " Ya Rasulullah, apakah masih ada sesuatu amalan yang dapat saya amalkan sebagai kebaktian saya kepada dua orangtuaku setelah keduanya meninggal dunia?" Beliau saw menjawab: " Ya, masih ada. Yaitu mendoakan keselamatan untuk keduanya, memohonkan pengampunan kepadanya, melaksanakan janji kedua orang itu setelah wafatnya, mempereratkan hubungan kekeluargaan yang tidak dapat di hubungi kecuali dengan adanya kedua orangtua itu serta memuliakan sahabatnya." { Riwayat Abu Dawud } dari Kitab Riyadhus Shalihin. Demikianlah penjelasan yang ringkas untuk soalan Beau Mira semoga berpuas hati.
Minggu yang lepas Rasz telah bercerita tentang anak murid Rasz yang sudah berumur dan merangkak ketika membaca AL quran . Kali ini Rasz akan menceritakan sedikit tentang masaalah yang beliau ceritakan kepada Rasz sedikit. Seperti kebiasaan beliau pada malam hari Khamis , setelah mengambil tempat duduknya , beliau menceritakan kepada Rasz yang beliau menghadapi masaalah besar. " Saya dah ceraikan isteri saya Ustad . Dia kata saya dayuz . Saya ... apa lagi ceraikan dialah..." Katanya dengan wajah yang geram kepada Razs. Termenung sekejap Rasz di buatnya. Mood nak mengajarnya mengaji terus hilang. Terdiam tak berkata apa2 Rasz di buatnya. Setelah tenang Rasz pun bertanya kenapa nya. " Habis engkau macammana sekarang ok.?" cuba nak tenangkan fikiran dan perasaan nya." Ok lah ustad . Saya dah hantar dia kat rumah makpabak dia . Anak saya yang paling kecik saja yang sekarang tinggal dengan saya. Yang nombor 1 dn 2 ikut dia . Minggu lepas baru saya pergi mahkamah Sariah. " Rasz tak teruskan pertanyaan tentang hal dia lagi . Rasz terus suruh dia membaca sambungan pelajarannya. Hari itu Rasz suruh dia balik siang sedikit.
Pernah Rasz berbual2kan kisah anak murid Rasz ni dengan Ain . Rasz ceritakan yang anak murid Rasz yang satu ni nampak2 macam tak hendak balik ke rumahnya bila masa belajar tamat. Tentu ada apa2 masaalah . Nampaknya sangka Rasz tu terbukti benar . Kesian ...
Pernah Rasz mendengar satu Khutbah Jumaat satu ketika dulu yang mengatakan bahwa masyarakat Islam di Singapura ini menghadapi hampir purata 8 penceraian dalam satu hari.
Wallahua'lam. Pada Rasz masaalah utama terjadi nya penceraian ini, ialah kerana sudah tidak ada usaha untuk berkasih sayang dan bersiratul rahim antara dua manusia itu lagi. Masing2 hanya memikirkan kepentingan diri masing2 sahaja, akhirnya kesatuan hati dan fikiran sudah tidak ada lagi antara satu sama lain. Firman Allah swt dalam surah Annisa ayat 1 yang bermaksud:-
" Wahai sekelian manusia, bertakwa lah kamu kepada Tuhanmu, yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, kemudian menciptakan darinya pasangannya, dan dari keduanya dibiakkan zuriat keturunan yang ramai, lelaki dan perempuan. Bertakwalah kamu kepada Allah yang dengan namanya kamu selalu meminta, dan peliharalah hubungan silaturrahim "
Posted at 09:42 pm by raszain
Permalink
Jul 28, 2005
Kembali ke Al Quran . Baca ..ayat2 tentang baca
Assalamualaikum Kawan2 seblog . Kita bertemu kembali . Apa khabar semua semoga sehat belaka. Alhamdulillah Rasz ucapkan , shukur kepada Allah swt.
Semalam Rasz bertugas ,balik pada waktu pagi.Selepas tu Ain pula mengajak Rasz ke Johor Bahru , Komtar, untuk membeli buku tafsir Al Quran . Kami balik dalam pukul 6 ptg . Adik Rasz pula menalipon yang malam nya itu mereka ( dan teman2 lain ) akan pergi kerumah Ustaz Kami untuk mempelajari Tarannum Al Quran . Rasz pula pada malam itu ada mengajar anak murid . Rasz beritahu nya kalau sempat setelah habis mengajar Rasz dan Ain mungkin akan kesana . Tetapi malang nya kelas Rasz habis hampir pukul 1045 malam . Kalau hendak kerumah Ustaz, sampai mungkin pukul 11 lebih malam, sudah lambat sangat.
Bukan apa anak murid Rasz ni seorang sahaja, umur nya pula telah hampir 53 tahun . Beliau ni pula menceritakan yang beliau dari kecil tidak pernah membaca Al Quran . Buta huruf habis, tak tahu membaca . Dari mula hingga sekarang sudah masuk ke bulan yang ketiga . Alhamdulillah beliau ni sudah dapat masuk ke buku 2 Iqra. Membaca huruf2 hijaiah merangkak2 ,kalau nak habis kan satu muka surat tu hampir lima belas minit , bayangankan lah betapa seksanya beliau. Kalau betul2 hendak menegur sebutan huruf2 beliau, rasa2 akan tak bacalah beliau buku Iqra tu. Menarikkan minat untuk membaca tu lebih penting bagi Rasz dari membetul bacaan huruf2 yang di baca. Kalau minat membaca itu dapat ditanamkan kedalam hati, InshaAllah kebolihan membetulkan bacaan tu akan datang dengan sendirinya.
Bagi Rasz perkara begini memang lah lumrahnya belajar.Bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian. Dalam masa dia berhenti membaca , Rasz beritahu dia yang Rasz ni pun masih belajar lagi.Bila Rasz sebutkan nama Ustaz Rasz itu kepada nya , beliau tercengang kerana setahunya Ustaz Rasz itu bekas pemain guitar bass satu kumpulan band .Katanya mula dia tahu Ustaz Rasz tu ketika beliau bermain bass guitar dengan kumpulan Sweet Charity.Pada masa itu kumpulan itu belum begitu popular. Katanya lagi adik beradik Ustaz Rasz ni kebanyakan nya pemain musik.
Boleh tahan juga pengetahuan anak murid Rasz ni walaupun tidak tahu membaca Al Quran tahu juga dia sedikit sebanyak qari2 di Singapura ni. Selain itu dia juga katanya meminati bacaan arwah Ustaz Haji Zain Haji Skukur.
Bagi Rasz walaupun sejak kecil lagi Rasz ada membaca Al Quran, dan ada mendengar bacaan Qari2 di Asia ni tetapi bacaan2 Qari di Asia ni lebih2 lagi bacaan yang kita dapat dengar di pertandingan tilawah Al Quran di Malaysia kebanyakannya tidak begitu menarik sangat pada Rasz. Tak tahulah Rasz mengapa sebabnya. Begitulah yang Rasz beritahu kepada anak murid Rasz , ini cuma pendapat Rasz sendiri sahaja. Mungkin lain orang, lain cita rasanya dalam mendengar bacaan2 Al Quran . Rasz berterus terang kepada nya bahawa di Singapura bacaan Qari2 tidak begitu menarik lagi. Buktinya kalau menarik tentulah para Qari2 itu ada peminat2 mereka masing2. Setelah itu Rasz perdengarkan bacaan salah satu Qari Mesir Idola Rasz, Sheik Mutawali kepadanya. Dia pun apa lagi pasang telinga, mendengar bacaan Sheik Mutawali itu. Habis sahaja bacaan Qari itu , Rasz bertanyakan pendapat nya tentang bacaan Sheik tadi . Hairan Rasz , katanya tajwid Sheik itu begitu baik. Pelik Rasz di buatnya , setahu Rasz anak murid Rasz ni tak tahu membaca , tentu tidak tahu akan hukum2 tajwid, macam mana boleh komen tentang tajwid pulak. Kalau dia komen , tentang suara sheik atau bunyi lagu bacan shiek ke , boleh lah masuk di akal Rasz sedikit tapi tentang tajwid pula yang terkeluar dari mulutnya. Hairan .... hairan.
Berbalik tentang bacaan ni ,pada masa di komtar tu Rasz sempat pula membeli sebuah buku indek Al Quran . Telik pula telik dalam bab baca sahaja, terdapat lebih dari enam puluh lebih ayat yang Al Quran sebutkan. Salah satu Firman Allah swt Surah Ar Ra'du ayat 30
yang bermaksud:-
"Demikianlah , kami telah mengutus engkau kepada suatu umat yang berlalu beberapa umat sebelumnya, supaya engkau membacakan kepada mereka yang kami wahyukan kepada engkau (Al Quran ), padahal mereka ingkar kepada Tuhan yang maha Pemurah. Katakanlah, " Dialah Tuhanku , tidak ada Tuhan kecuali dia, hanya kepadanya aku bertawakkal dan hanya kepadanya tempat kembali ku. "
Di Singapura, bandar yang metropolitan ni, Rasz cuma berharap agar , kita peminat2 bacaan Al Quran dan kepada mereka2 yang mempunyai kemampuan, dapat lah kiranya mengadakan satu tempat persembahan pembacaan Al Quran yang tetap agar sesiapa sahaja yang ingin mendengar bacaan Al Quran dapat kesana.Bertukar2 pendapat dan sama2 memperdengarkan bacaan masing2. Dan bersiratulrahim antara satu sama lain kerana Allah.
Sekian Dari Rasz
Hingga bertemu kembali
Wassalam
Posted at 12:39 pm by raszain
Permalink
Jul 20, 2005
Kembali Ke Al Quran . Pengadilan Tilawah .
Assalamualaikum Kawan2 seblog , apa khabar ,..kepada yang Rasz kenali tu harap semoga berada dalam keadaan sehat wal afiat hendaknya. Shukur Rasz kepada Allah swt kerana dapat menulis lagi. Kali ini Rasz ingin menceritakan sedikit secebis pengalaman Rasz yang telah berlalu mengenai tilawah Al Quran yang telah Rasz ambil bahagian.
Begini ceritanya , ingat tak yang pada 21 may yang lalu Rasz ada ceritakan bahwa di Singapura di masjid Mujahidin telah berlangsung pertandingan tilawah Al Quran peringkat saringan . Rasz adalah salah satu pesertanya .selepas dua minggu kemudian keputusan pun di beritahu melalui pos mengatakan Rasz tidak berjaya memasuki peringkat semi final . Walaupun markah2 keputusan tidak diberikan , Rasz cuba juga menelipon pihak penganjur untuk mengetahui akan markah2 itu.
Al Hamdulliah pihak penganjur sedia memberikan markah yang di dapati olih Rasz . Seperti yang sudah Rasz jangkakan akan keputusan dan markah yang diberikan olih pengadil Singapura ini , bacaan Rasz tentu tidak akan dapat pengadil menilainya, kerana bacaan Rasz tidak lah mengikut sangat gaya mereka langsung. Walaupun Tabaqat suara yang di kehendaki pengadil telah Rasz lakukan dan lagu2 yang dikehendaki telah Rasz bawakan tetapi itulah hasilnya yang Rasz terima yaitu tidak dapat masuk ke semi final .Perkara itu tidaklah menjadi hal sangat bagi Rasz, yang menjadi khairan bagi Rasz ialah markah fasaha Rasz mendapat 4/20 ( tersangat lah teruk ), Tajwid pula Rasz mendapat markah 30/40 ( bolih tahan sikit ). Tidaklah Rasz hairan sangat tentang markah yang diberikan untuk Suara Rasz dan Lagu yang Rasz bawakan , kerana mungkin suara dan lagu yang Rasz bawakan berlainan sedikit dari biasa2 yang pengadil ingini , tetapi itulah markah fasaha dan markah tajwid sungguhlah bercanggah. Setahu Rasz kedua2 fasaha dan tajwid ini tentulah seiring perjalanannya tetapi dari markah yang diberikan nampaknya keduanya itu sungguh jauh berbeza mengikut pendapat pengadil2 itu.
Di sebabkan pihak penganjur mengatakan keputusan pengadil itu adalah muktamat maka Razs terpaksalah menerima sahaja perkara ini bulat2. Rasz masih lagi bingung apa agaknya perbezaan antara Tajwid dan fasaha ni sampai markah yang di berikan begitu bercanggah sekali . Ke pada kawan di sana yang minat akan pembacaan Al Quran , Rasz harap dapatlah memberi nasihat atau penerangan sedikit kepada Razs
tentang fasaha dan tajwid ini mungkin Rasz tersalah faham .
Teringat akan Rasz firman Allah swt dalam surah Al Muzzammil ayat 4 yang bermaksud :-
" Bacalah Al Quran itu dengan secara Tartil "
Hanya orang2 Arab yang ahli Qura lah yang patut di ambil menjadi pengadil . Itulah sebaik2nya dan seadil2nya pengadilan jika bidang pembacaan Al Quran di Singapura ini ingin maju.
Sekian Wallahu A'lam
Posted at 04:31 pm by raszain
Permalink
Jun 3, 2005
Kembali Ke Al quran. Kalau di tanya dimana saya hendak mendengar Bacaan Qari2 yang baik ?? Jawabnya tidak ada.
Assalamualaikum Kawan2 ku seblog .Salam sejahtera Rasz ucapkan kepada sekalian semua . Bershukur Rasz kepada Allah swt atas limpah kurnianya yang banyak kepada Rasz dengan sebenar2 shukur . Antaranya nikmat menulis di blog ini . Mudah2an kepada Kawan2 seblog di sana dapatlah kita berkongsi pengalaman manis dan pahit bersama walaupun tidak bertemu muka .
Bulan Maulid ini hampir sahaja akan berakhir. Rasz baru sahaja semalam menghadiri satu majlis sambutan maulid nabi di salah satu masjid yang terkenal di Singapura ini. Ramai para jemaah baik lelakinya dan juga yang perempuan hadir mengikuti acara2 yang di adakan sebagai memperingati akan hari kelahiran Nabi besar kita Muhahhmad SAW . Rasz perhatikan masjid yang Rasz hadiri ini mempunyai tradisinya tersendiri . Hampir tiap2 tahun akan dipanggilnya para Qari , Qasidah , Pencheramah dan para2 ahli agama dari negara jiran dan dari negara2 Arab istimewanya.
Sejak Rasz berkecipung dalam bacaan Al Quran ini , Rasz selalu ingin mendengar bacaan Qari 2 secara live di Singapura ini . Tetapi adalah teramat lah payah sekali . Rasz tertarik akan masjid ini kerana dia lah satu2 nya masjid di Singapura ini yang ada juga membawa Qari2 dari negara Arab untuk memperdengarkan bacaan mereka di sini , itu pun bila ada majlis maulid sahaja . Pernah ketika mengajar Rasz tanyakan anak murid Rasz jika Rasz ingin mendengar bacaan persembahan Al Quran di Singapura ini , di manakah tempatnya ? Jawab mereka Sudah tidak ada lagi .
Teringat Lagi Rasz pada tahun 70an dahulu masih selalu juga Rasz mendengar Bacaan Al Quran di baca secara live di kebanyakan masjid sebelum masuknya waktu sholat oleh para Imam2 masjid yang merupakan para Qari .Masing2 masjid mempunyai para Qari mereka sendiri . Tetapi budaya yang sebegitu telah pun pupus di Singapura ini . Al Quran atau pembacaan Al Quran itu menjadi milik peribadi sahaja , bukan menjadi satu perkara yang di siarkan atau di perdengarkan untuk orang ramai. Wallahuaalam .
Firman Allah swt dalam ayat 20 surah Al Muzammil :-
"Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwa kamu beribadat malam hari kurang dari dua pertiga malam dan ada yang seperduanya ada pula yang sepertiganya dan juga segolongan orang2 yang bersama kamu. Dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu tidak dapat menentukan batas2 waktu, maka dia memberikan keringanan bagimu . Maka bacalah apa2 yang mudah dari Al Quran ."
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda :-
"Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak mahu melagukan AlQuran." (riwayat Bukhari, Ahmad dan Abu Daud)
Sekian Hingga bertemu kembali
Wassalam
Posted at 05:44 pm by raszain
Permalink
May 23, 2005
Kembali ke Al Quran. Tamat lah ujian saringan musabagah Al Quran .
Assalamualaikum kawan2 seblog , bertemu kita kembali lagi. Alhamdulillah Rasz ucapkan kepada Allah swt kerana dapat menulis lagi kali ini. Hendak nya kawan2 semua berada dalam keadaan sehat wal afiat.
21 dan 22 may telah pun berlepas lalu, meninggalkan satu lagi sejarah bagi Rasz . Ia itu majlis saringan musabaqah Tilawah Al Quran Singapura. Rasa gembira ada , rasa kecewa pun ada didalam hati Rasz mengenangkan dua hari yang telah berlalu itu. Gembira kerana setelah hampir dua tahun menunggu akan majlis Al Quran yang terbesar di Singapura ini akhirnya telah di langsungkan juga . Sedih dan keciwa kerana majlis Al Quran yang terbesar di Singapura ini hanya di sambut dengan begitu kecil2lan sahaja . Mungkin Al Quran Kalamullah ini pada pandangan masyarakat Islam Singapura ini tidak begitu penting . Atau dengan lain perkataan majlis Kata2 Allah ini merupakan satu perkara yang kecil sahaja di hati masyarakat Islam Singapura , Wallahu aalam .
Peserta tahun ini Rasz rasa makin berkurangan . Keseluruhan nya adalah dalam 58 orang peserta yang mengambil bahagian iaitu 18 Qariah dan 40 Qari. Yang lebih menyedihkan ada pula peserta yang menarik diri di saat2 yang terakhir. Bayangkan lah di Singapura ini, yang mempuyai seramai lebih dari setengah juta masyarakat Islam, yang hadir meraihkan majlis ini hanya kurang lebih dari 100-150 orang sahaja , itupun kerana kehadiran peserta2 itu sendiri. Harapan Rasz untuk melihat para peserta pada tahun 2003 yang lalu nampaknya hampa belaka . Hampir separuh peserta tahun 2003 tiada mengambil bahagian. Bukan sahaja sebagai peserta tetapi sebagai penonton juga tidak kelihatan batang hidung mereka. Kalau lah mereka2 ini yang bergelar Qari dan Qariah negara Singapura sendiri sudah menjauhkan diri dari majlis yang terbesar bagi mereka , bagaimana agaknya masyarakat yang tidak minat akan Al Quran hendak diharapkan lagi . Musnah dan hanjur berkecailah harapan Razs hendak melihat lebih ramai lagi orang2 yang minat akan Al Quran di Singapura ini .Tempat bumi berpijak langit di junjung, bagi Razs. Rasz pun merasa kecewa kerana sekian anak2 murid Rasz yang belajar mengaji dengan Rasz hanya dua murid sahaja yang menghadiri majlis tersebut.
Sungguh sedih sekali hati ini mengenangkan nasib sambutan majlis kalamullah pada hari tersebut. Yang menyedihkan lagi Rasz yang sebagai peserta , merasa kecewa kerana tahap microphone yang di sediakan oleh pihak penganjur sungguh mengecewakan. Kalaulah Siti Nurhalizah disuruh menggunakan microphone yang demikian , mungkin sumpah seranah akan dia benda tu.
Kita Qari Dan Qariah ini di umpamakan sebagai para penyanyi2 Allah . Di anak tirikan kita dalam bidang persembahan kita . Rasz cuma dalam hati dapat berdoa kepada Allah, walaupun layanan yang di berikan ketika hari itu, sungguh menghampakan , kepada Allah juga lah Razs berharap agar di sana ( akhirat kelak ) Allah tidak menghinakan akan diri Razs seorang Qari sedemikian rupa.
Teringat akan sabda Nabi Rasz Muhammad Saw :
" Sesungguhnya perhatian Allah swt kepada pembaca Al Quran lebih daripada perhatian seorang tuan yang mendengar hamba perempuannya menyanyi " Hadis Riwayat Ibnu Majah , Ibnu Hibban dan Hakim.
Sabda Allah swt dalam surah Al "Alaq Ayat 1-5 :
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan.
Dia menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah,
Yang mengajari ( manusia) dengan Kalam.
Dia mengajari manusia apa yang belum di ketahuinya."
Sekian Wassalam
Posted at 03:10 pm by raszain
Permalink
May 14, 2005
Kembali ke Al Quran. Musabaqah Al Quran peringkat saringan.
Kembali kepada kawan2 ku sekelian , Assalamualaikum saya ucapkan .Apa khabar semua, semoga dalam keaadaan sehat wal afiat bersama dengan keluarga dan kawan2 yang di kasehi muganya.
Pada 21 May ini akan diadakan pertandingan musabaqah peringkat saringan di Singapura di Masjid Mujahidin Queenstown. Rasz mengucapkan Skukur kepada Ilahi kerana masih juga majlis ini di adakan walaupun hanya 2 tahun sekali sahaja. Ini lah satu2 nya masa dan ketika , Rasz dapat bertemu dengan ahli2 Qura Singapura. Majlis seperti ini di Singapura sangatlah berkurangan , boleh di kira dengan jari. Walau macammana sekali pun Rasz akan senantiasa memberi sokongan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadikan pembacaan Al Quran sebagai satu budaya. Diam tak diam masa selama 2 tahun yang di tunggukan sudahpun tiba. Semenjak menjinakkan diri dalam dunia pembacaan Al Quran ini dari tahun 1999 , kini sudah pun ke tahun 2005 , Al hamdulillah nampaknya adalah perubahan sedikit akan kegiatan Al Quran di Singapura ini.
Teringat ketika Rasz menghadiri majlis peringkat akhir pertandingan musabaqah ini di Pusat Islam Singapura Di Braddel Rd. Waktu itu para hadirin yang datang boleh di kira dengan jari bilangan nya. Tetapi pada tahun 2003 yang lepas pula , wah penuh sesak hadirin yang datang sampai ada yang tidak dapat masuk kedewan pertandingan. Harapan Rasz pada tahun ini ialah ingin melihat lebih ramai lagi yang datang untuk menyaksikan para Qari dan Qariah kita membuat persembahan mereka.Maklumlah tidak kira apa bidang pun yang di ceburi jika tidak membiakkan banyak lagi peminat, maka terkuburlah lah bidang tersebut jadinya.
Seperti tahun2 sebelumnya sebagai peminat yang setia ke pada Al Quran , Rasz akan mengambil bahagian dalam musabaqah ini selagi di izinkan.( Maklumlah tahap umur di hadkan kepada 50 tahun kebawah sahaja yang bolih bertanding, iaini hanya mereka yang berumur 50 tahun kebawah sahaja yang di benarkan membaca. Umur yang lebih makna nya tidak boleh membaca lagi , ...kesian mereka yang telah terlebih umur tu Rasz tengokkan, nasib malang agaknya. ) Rasz ingin juga mengajak kepada sesiapa sahaja yang di luar sana yang minat , mari lah sama2 kita luangkan masa sedikit untuk menghadiri majlis ini.
Teringat akan Rasz firman Allah s.w.t dalam Al Quran surah Fushilat ayat 33.
" Siapakah yang terlebih baik perkataan nya dari orang yang menyeru kepada Allah serta beramal saleh seraya katanya saya salah seorang muslim "
Telah bersabda Rasulullah saw :
" Barangsiapa menyeru kepada petunjuk maka dia mendapat pahala seperti pahala2 yang didapat oleh orang yang mengikutinya tidak berkurang sesuatu apapun "
Sekian hingga bertemu kembali .
Wassalam .
Posted at 07:13 pm by raszain
Permalink
May 9, 2005
Kembali Ke Al Quran .Bersambung
Alhamdulillah bersambung kita lagi......
Anak murid Rasz si Jasmani yang kelihatan tidak puas hati itu pun beredar dan duduk di tempatnya kembali bersama ahli keluarganya di majlis itu. Sempat Rasz bertanya kepada isterinya tentang persembahan Jasmani. Mereka menjawab yang suara Jasmani perlahan sedikit dan tidak berapa kedenganran , tetapi keseluruhannya persembahan Jasmani memuaskan bagi mereka. Rasz cuma bershukur kepada Allah S.W.T kerana dapat lagi membuat seorang manusia berani membaca Kalam Allah di khalayak ramai. Dalam lebih kurang pukul 10 malam dia pun beredar dengan alasan ada jemputan kahwin yang lain yang harus ia pergi.
Pada Hari Isnin ketika menghadiri kelas belajarnya , Rasz bertanyakan pengalaman pertamanya membaca di khalayak ramai. Jasmani menceritakan .
"Ustaz saya gabralah hari itu . Pak cik yang membaca sebelum saya , bacaan nya sungguh baik ." katanya si Jasmani." Saya pun tak tahu kenapa saya pada waktu membaca tu saya gementar, suara saya tak kedengaran sangat". "Itukan adalah perkara biasa " Rasz menyampuk " Lagi pun engkau tak berapa confident bila engkau tengok pak cik sebelum engkau baca tu, bolih pekik. Engkau jadi superior complex. Engkau rasa diri kau rendah tak sebagus pak cik tu " Terang Rasz padanya. "Sebab tu lah bila engkau mula baca ingatan tentang kelemahan diri engkau tu timbul , buat engkau baca berhati2 dan tidak menurut sedap dihati engkau " Jelas Rasz padanya. "Pengaruh bacaan Sheik Mustafa Ismail dan Ustaz Hj.Ismail Hj.Hashim yang selalu engkau bawakan langsung tak ada. Kan Ustaz dah pesan baca Al Quran kerana Allah bukan kerana nak bagus,.. nak baik di dengar orang ,.. bacalah dengan keikhlasan hati engakau kerana Allah . Insyaaallah nanti lagu2 yang baik tu akan datang di kepala otak sendiri tanpa perlu di ingat2kan sangat.Tapi Tak mengapa ..ada banyak peluang lagi yang ada di masa hadapan " Nasihat Rasz pada nya." Yalah Ustaz kata ustaz tu betul lah. Saya tak terniat macam yang Ustaz pesankan saya pada waktu itu" Jawab Jasmani menganggok setuju .Kami pun meneruskan pelajaran seterusnya .
Di riwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa seorang lelaki berkata:
"Ya Rasulallah apakah amal yang paling afdal? Baginda Rasul menjawab: " Jadilah Al-Halli al-Murtahil!" Lelaki itu bertanya : "Apakah maksud al-Halli al-Murtahil, Ya Rasulallah?" Baginda Rasul menjelaskan "Orang yang berterusan membaca Al Quran, setiap khatam sekali, dia ulangi membaca dari awal "
Dalam Hati, Rasz cuma berdoa Ya Allah Jadikan Hati ku Cinta pada Kalam mu
Jadikan aku sebagai seorang yang berani membaca Al Quran mu di mana2 sahaja.
Jadikan aku sebagai seorang yang berani membaca Al Quran mu pada bila2masa sahaja.
Ya Allah perbaikilah akan bacaan ku supaya aku bertambah2 cinta pada Al Quran mu.
Amin Ya Rabbal A'lamin
Posted at 12:06 pm by raszain
Permalink
May 5, 2005
Kembali Ke Al Quran. Pengalaman pertama anak murid membaca di khalayak ramai.
Assalamualaikum Kawan2 semua , apa khabar , sehat ? .Alhamdulillah Rasz berada dalam keadaan sehat wal afiat .Shukur kepada Allah dengan sebanyak2 nya kerana dapat kita bertemu lagi.
Pada minggu yang lepas Rasz telah menghadiri satu majlis perkahwinan .Special sedikit majlis itu ( maaf , banyak special nya ) kerana di majlis itu telah diadakan pembacaan Al Quran.Maka ramai lah peserta yang yang menyumbangkan bacaan Al Quran kalau tidak silap lebih daripada dari 15 orang ramainya.. Berbagai cara dan lagu2 Al Quran yang di perdengarkan oleh para pembaca tersebut. Sungguh seronok sekali. Dalam kesempatan itu Rasz juga telah membawa seorang anak murid Rasz bersama untuk menyaksikan majlis perkahwinan itu. Rasz merasa bangga sekali kerana dapat berada disana, memandangkan jarang sekali majlis2 orang Islam kita yang ada pembacaan Al Quran seperti itu di Singapura.
Bagi Rasz membaca Al Quran di majlis dan di khalayak ramai merupakan satu peluang yang Rasz tidak akan lepaskan jika ada kesempatan. Pada hari itu , buat pertama kali anak murid Rasz yang bernama Jasmani , berani pula hendak memperdengarkan bacan nya. Kesahnya sungguh menarik. Anak murid Rasz ini sejak beberapa minggu yang lalu menceritakan yang dia ashik mendengar bacaan Qari dari Malaysia iaitu Ustaz Haji Ismail bin Haji Hashim.Rasz apabila mengajarkan Al Quran kepada nya pun sudah melihat perubahan bacaan nya yang ada gaya2 Arwah Qari terkenal Malaysia itu. Peristiwa itu berlaku pada suatu hari, setelah ia habis membaca ayat2 suci Al Quran di depan Rasz , Rasz beritahunya bahwa bacaan nya telah bertambah baik berkat mendengar Qari Terkenal negara Malaysia itu. Beliau terperanjat kerana dia hairan bagaiman Rasz dapat tahu yang dia mendengar bacaan Qari Terkenal Malaysia itu. Rasz dengan terus terang memberitahukan dia yang di antara Qari2 yang paling Rasz minat di semenanjung Asia ini pertama adalah Ustaz Haji Ismai Haji Hashim. Dan Rasz telah mempelajari beberapa bait lagu beliau.
Setelah menceritakan kepadanya beberapa nama2 qari yang terkenal di semenanjung asia .Rasz pun memberikannya sebuah cd Qari terkenal mesir iaitu Sheik Mustafa Ismail.Setelah dia mendengar bacaan Sheik Mustafa Ismail , dia beritahu Rasz bahwa bacaan Ustaz Haji Ismail Hj Hashim dengan bacaan Sheik Mustafa Ismail ini sungguh jauh mutu nya. Bacaan Sheik Mustafa Ismail lebih dia minati. Maka sejak hari itu bacaan kedua qari tersebut siling berganti dia mendengarnya, hingga lama kelamaan bila dia menbaca di depan Rasz adalah bau2 kedua lagu dan gaya qari tersebut.
Balik kepada cerita majlis perkawinan tadi , ketika Jasmani dipersilakan untuk memperdengarkan bacaannya. Dia pada hari itu nampak gementar . suaranya sungguh perlahan dan bacaan nya jauh dari hari2 ketika dia membaca di depan Rasz. Dia terkial2 memaksa dirinya untuk membaca dengan baik .Sehinggakan masa 20 mins berlalu dia masih juga mencari gaya dan lagu2 yang biasa di bacakan kannya di depan Rasz ketika belajar. Rasz terpaksalah berdiri di hadapan nya untuk memberi isyarat untuk berhenti membaca kerana ada ramai peserta lain yang ingin memperdengarkan bacaan mereka. Mukanya nampak sedikit kehampaan dan tidak puas hati.....
Firman Allah Taala surah Ar Rad ayat 28
" Orang2 yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingati Allah. Ingatlah! Hanya dengan mengingati Allah sajalah diperoleh ketenteraman hati. "
Bersambung lagi....................
Posted at 10:52 pm by raszain
Permalink
Apr 14, 2005
Kembali ke AL Quran. Takut nak membaca Al quran.
Assalamualaikum kawan2 semua .Saya Rasz berada dalam keadaan sehat2 belaka. Beberapa minggu ini Rasz sebuk sedikit kerana terpaksa membuat persediaan peperiksaan yang akan Rasz hadapi pada hujung Sabtu dan hari minggu ini.
Berbalik kepada Tajuk membaca Al Quran. Rasz yang ada mengajar membaca Al Quran kepada anak2 murid Rasz, bila Rasz bertanya kepada mereka, apakah ada ke mereka2 itu membaca Al Quran di khalayak ramai. Jawab mereka , mereka takut . Bukan apa alasan mereka takut kerana bacaan mereka belum baik, tajwid mereka belum sempurna. Lagipun kata mereka suara mereka belum lagi sedap di dengar .
Begitulah alasan2 yang diberikan oleh mereka. Murid2 Rasz tu bila berada di dalam class , hendak membaca di hadapan murid2 lain pun terketar2 menggigil ketakutan pada pertam kali. Tetapi lama kelamaan perasaan takut, segan dan malu itu akhirnya berkurangan , berkat selalu berlatih membaca di hadapan murid lain. Bagi Rasz itu adalah pengalaman yang normal.
Rasz juga pernah mengalami perasaan yang sama ketika membaca Al Quran pertama kali di khalayak ramai. Tetapi kerana berpendirian bahwa Al Quran itu adalah Kalam Allah tuhan Rasz yang patut Rasz banggakan dan patut rasz perdengarkan kepada sesiapa sahaja yang ingin mendengarkan nya maka perasaan gementar dan takut itu berkurangan sedikit.
Kepada anak2 murid Rasz , Rasz galakkan mereka supaya selalu membaca dan mengadakan majlis Al Quran, samaada menghadiri majlis orang atau mengadakan majlis sendiri seperti majlis khenduri , tilawah atau class2 mengaji.
Telah bersabda Rasul SAW :
"Tiada berhimpun suatu kaum pada suatu rumah dari rumah2 Allah Taala dengan membaca kitab Allah dan bertadarus. Di antara mereka melainkan sakinah ( kesejahteraan ) keatas mereka, diselubungi oleh rahmat, dilingkungi para malaikat dan Allah menyebut mereka di kalangan orang yang berada disisinya "
( Riwayat Muslim dan Abu dawud dengan sanad yang sahih ).
Posted at 07:49 pm by raszain
Permalink
|
|
|