"BACALAH AL-QUR'AN, SESUNGGUHNYA AL-QUR'AN ITU AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT MEMBERI SYAFAAT KEPADA ORANG YANG MEMBACANYA" (hadis Rasullullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim)

"Sesungguhnya perhatian Allah swt kepada pembaca Al Quran lebih daripada perhatian seorang tuan yang mendengar hamba perempuannya menyanyi " Hadis Riwayat Ibnu Majah

 

KAMI ADALAH SEPASANG SUAMI (RASZ) DAN ISTERI (AIN)

PERJALANAN HIDUP KAMI IALAH MENYERU MANUSIA KEPADA SLOGAN KATA 'HIDUPKANLAH BACAAN AL-QUR'AN TIDAK KIRA DIMANA SAHAJA!'

SEKIRANYA SAHABAT2 BLOG ADA KOMEN DAN IDEA, SEPULUH JARI KAMI SAMBUT SALAM PERKENALAN.



Anda adalah pengunjung yang ke

   

<< April 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Apr 14, 2005
Kembali ke AL Quran. Takut nak membaca Al quran.

Assalamualaikum kawan2 semua .Saya Rasz berada dalam keadaan sehat2 belaka. Beberapa minggu ini Rasz sebuk sedikit kerana terpaksa membuat persediaan peperiksaan yang akan Rasz hadapi pada hujung Sabtu dan hari minggu ini.

Berbalik kepada Tajuk membaca Al Quran. Rasz yang ada mengajar membaca Al Quran kepada anak2 murid Rasz, bila Rasz bertanya kepada mereka, apakah ada ke mereka2 itu membaca Al Quran di khalayak ramai. Jawab mereka , mereka takut . Bukan apa alasan mereka takut kerana bacaan mereka belum baik, tajwid mereka belum sempurna. Lagipun kata mereka suara mereka belum lagi sedap di dengar .

Begitulah alasan2 yang diberikan oleh mereka. Murid2 Rasz tu bila berada di dalam class , hendak membaca di hadapan murid2 lain pun terketar2 menggigil ketakutan pada pertam kali. Tetapi lama kelamaan perasaan takut, segan dan malu itu akhirnya berkurangan , berkat selalu berlatih membaca di hadapan murid lain. Bagi Rasz itu adalah pengalaman yang normal.

Rasz juga pernah mengalami perasaan yang sama ketika membaca Al Quran pertama kali di khalayak ramai. Tetapi kerana berpendirian bahwa Al Quran itu adalah Kalam Allah tuhan Rasz yang patut Rasz banggakan dan patut rasz perdengarkan kepada sesiapa sahaja yang ingin mendengarkan nya maka perasaan gementar dan takut itu berkurangan sedikit.

Kepada anak2 murid Rasz , Rasz galakkan mereka supaya selalu membaca dan mengadakan majlis Al Quran, samaada menghadiri majlis orang atau mengadakan majlis sendiri seperti majlis khenduri , tilawah atau class2 mengaji.

Telah bersabda Rasul SAW :

"Tiada berhimpun suatu kaum pada suatu rumah dari rumah2 Allah Taala dengan membaca kitab Allah dan bertadarus. Di antara mereka melainkan sakinah ( kesejahteraan ) keatas mereka, diselubungi oleh rahmat, dilingkungi para malaikat dan Allah menyebut mereka di kalangan orang yang berada disisinya "

( Riwayat Muslim dan Abu dawud dengan sanad yang sahih ).

Posted at 07:49 pm by raszain

hydrant system
July 2, 2009   01:17 PM PDT
 
alhamdilah kalau sihat
malaysia web design
June 26, 2009   04:28 PM PDT
 
AL-QURAN juga memberi ketenagn dalam hati
malaysia web design
June 24, 2009   11:53 AM PDT
 
al-quran penyuluh segalanya
fire extinguisher manufacturer
June 3, 2009   04:46 PM PDT
 
wasalam
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry