Kembali ke Al Quran. Musabaqah Al Quran peringkat saringan.
Kembali kepada kawan2 ku sekelian , Assalamualaikum saya ucapkan .Apa khabar semua, semoga dalam keaadaan sehat wal afiat bersama dengan keluarga dan kawan2 yang di kasehi muganya.
Pada 21 May ini akan diadakan pertandingan musabaqah peringkat saringan di Singapura di Masjid Mujahidin Queenstown. Rasz mengucapkan Skukur kepada Ilahi kerana masih juga majlis ini di adakan walaupun hanya 2 tahun sekali sahaja. Ini lah satu2 nya masa dan ketika , Rasz dapat bertemu dengan ahli2 Qura Singapura. Majlis seperti ini di Singapura sangatlah berkurangan , boleh di kira dengan jari. Walau macammana sekali pun Rasz akan senantiasa memberi sokongan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadikan pembacaan Al Quran sebagai satu budaya. Diam tak diam masa selama 2 tahun yang di tunggukan sudahpun tiba. Semenjak menjinakkan diri dalam dunia pembacaan Al Quran ini dari tahun 1999 , kini sudah pun ke tahun 2005 , Al hamdulillah nampaknya adalah perubahan sedikit akan kegiatan Al Quran di Singapura ini.
Teringat ketika Rasz menghadiri majlis peringkat akhir pertandingan musabaqah ini di Pusat Islam Singapura Di Braddel Rd. Waktu itu para hadirin yang datang boleh di kira dengan jari bilangan nya. Tetapi pada tahun 2003 yang lepas pula , wah penuh sesak hadirin yang datang sampai ada yang tidak dapat masuk kedewan pertandingan. Harapan Rasz pada tahun ini ialah ingin melihat lebih ramai lagi yang datang untuk menyaksikan para Qari dan Qariah kita membuat persembahan mereka.Maklumlah tidak kira apa bidang pun yang di ceburi jika tidak membiakkan banyak lagi peminat, maka terkuburlah lah bidang tersebut jadinya.
Seperti tahun2 sebelumnya sebagai peminat yang setia ke pada Al Quran , Rasz akan mengambil bahagian dalam musabaqah ini selagi di izinkan.(
Maklumlah tahap umur di hadkan kepada 50 tahun kebawah sahaja yang bolih bertanding, iaini hanya mereka yang berumur 50 tahun kebawah sahaja yang di benarkan membaca. Umur yang lebih makna nya tidak boleh membaca lagi , ...kesian mereka yang telah terlebih umur tu Rasz tengokkan, nasib malang agaknya. ) Rasz ingin juga mengajak kepada sesiapa sahaja yang di luar sana yang minat , mari lah sama2 kita luangkan masa sedikit untuk menghadiri majlis ini.
Teringat akan Rasz firman Allah s.w.t dalam Al Quran surah Fushilat ayat 33.
" Siapakah yang terlebih baik perkataan nya dari orang yang menyeru kepada Allah serta beramal saleh seraya katanya saya salah seorang muslim "
Telah bersabda Rasulullah saw :
" Barangsiapa menyeru kepada petunjuk maka dia mendapat pahala seperti pahala2 yang didapat oleh orang yang mengikutinya tidak berkurang sesuatu apapun "
Sekian hingga bertemu kembali .
Wassalam .
Posted at 07:13 pm by raszain