"BACALAH AL-QUR'AN, SESUNGGUHNYA AL-QUR'AN ITU AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT MEMBERI SYAFAAT KEPADA ORANG YANG MEMBACANYA" (hadis Rasullullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim)

"Sesungguhnya perhatian Allah swt kepada pembaca Al Quran lebih daripada perhatian seorang tuan yang mendengar hamba perempuannya menyanyi " Hadis Riwayat Ibnu Majah

 

KAMI ADALAH SEPASANG SUAMI (RASZ) DAN ISTERI (AIN)

PERJALANAN HIDUP KAMI IALAH MENYERU MANUSIA KEPADA SLOGAN KATA 'HIDUPKANLAH BACAAN AL-QUR'AN TIDAK KIRA DIMANA SAHAJA!'

SEKIRANYA SAHABAT2 BLOG ADA KOMEN DAN IDEA, SEPULUH JARI KAMI SAMBUT SALAM PERKENALAN.



Anda adalah pengunjung yang ke

   

<< May 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



May 23, 2005
Kembali ke Al Quran. Tamat lah ujian saringan musabagah Al Quran .

Assalamualaikum kawan2 seblog , bertemu kita kembali lagi. Alhamdulillah Rasz ucapkan kepada Allah swt kerana dapat menulis lagi kali ini. Hendak nya kawan2 semua berada dalam keadaan sehat wal afiat.

21 dan 22 may telah pun berlepas lalu, meninggalkan satu lagi sejarah bagi Rasz . Ia itu majlis saringan musabaqah Tilawah Al Quran Singapura. Rasa gembira ada , rasa kecewa pun ada didalam hati Rasz mengenangkan dua hari yang telah berlalu itu. Gembira kerana setelah hampir dua tahun menunggu akan majlis Al Quran yang terbesar di Singapura ini akhirnya telah di langsungkan juga . Sedih dan keciwa kerana majlis Al Quran yang terbesar di Singapura ini hanya di sambut dengan begitu kecil2lan sahaja . Mungkin Al Quran Kalamullah ini pada pandangan masyarakat Islam Singapura ini tidak begitu penting . Atau dengan lain perkataan majlis Kata2 Allah ini merupakan satu perkara yang kecil sahaja di hati masyarakat Islam Singapura , Wallahu aalam .


Peserta tahun ini Rasz rasa makin berkurangan . Keseluruhan nya adalah dalam 58 orang peserta yang mengambil bahagian iaitu 18 Qariah dan 40 Qari. Yang lebih menyedihkan ada pula peserta yang menarik diri di saat2 yang terakhir. Bayangkan lah di Singapura ini, yang mempuyai seramai lebih dari setengah juta masyarakat Islam, yang hadir meraihkan majlis ini hanya kurang lebih dari 100-150 orang sahaja , itupun kerana kehadiran peserta2 itu sendiri. Harapan Rasz untuk melihat para peserta pada tahun 2003 yang lalu nampaknya hampa belaka . Hampir separuh peserta tahun 2003 tiada mengambil bahagian. Bukan sahaja sebagai peserta tetapi sebagai penonton juga tidak kelihatan batang hidung mereka. Kalau lah mereka2 ini yang bergelar Qari dan Qariah negara Singapura sendiri sudah menjauhkan diri dari majlis yang terbesar bagi mereka , bagaimana agaknya masyarakat yang tidak minat akan Al Quran hendak diharapkan lagi . Musnah dan hanjur berkecailah harapan Razs hendak melihat lebih ramai lagi orang2 yang minat akan Al Quran di Singapura ini .Tempat bumi berpijak langit di junjung, bagi Razs. Rasz pun merasa kecewa kerana sekian anak2 murid Rasz yang belajar mengaji dengan Rasz hanya dua murid sahaja yang menghadiri majlis tersebut.

Sungguh sedih sekali hati ini mengenangkan nasib sambutan majlis kalamullah pada hari tersebut. Yang menyedihkan lagi Rasz yang sebagai peserta , merasa kecewa kerana tahap microphone yang di sediakan oleh pihak penganjur sungguh mengecewakan. Kalaulah Siti Nurhalizah disuruh menggunakan microphone yang demikian , mungkin sumpah seranah akan dia benda tu.
Kita Qari Dan Qariah ini di umpamakan sebagai para penyanyi2 Allah . Di anak tirikan kita dalam bidang persembahan kita . Rasz cuma dalam hati dapat berdoa kepada Allah, walaupun layanan yang di berikan ketika hari itu, sungguh menghampakan , kepada Allah juga lah Razs berharap agar di sana ( akhirat kelak ) Allah tidak menghinakan akan diri Razs seorang Qari sedemikian rupa.

Teringat akan sabda Nabi Rasz Muhammad Saw :

" Sesungguhnya perhatian Allah swt kepada pembaca Al Quran lebih daripada perhatian seorang tuan yang mendengar hamba perempuannya menyanyi " Hadis Riwayat Ibnu Majah , Ibnu Hibban dan Hakim.

Sabda Allah swt dalam surah Al "Alaq Ayat 1-5 :

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan.
 Dia menciptakan manusia dari segumpal darah.
 Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah,
 Yang mengajari ( manusia) dengan Kalam.
 Dia mengajari manusia apa yang belum di ketahuinya."


Sekian Wassalam

Posted at 03:10 pm by raszain

nonleo
May 23, 2005   10:25 PM PDT
 
Sayu rasanya membaca rintihan Rasz. Nonleo doakan agar kamu diberi peluang untuk membaca di peringkat semi final nanti dan seterusnya di peringkat akhir dan antarabangsa. Kata-kata yang sungguh menyentuh jiwa. InsyaAllah suatu hari kamu akan menjadi hamba yang berjaya disisi Tuhan didunia dan akhirat.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry