"BACALAH AL-QUR'AN, SESUNGGUHNYA AL-QUR'AN ITU AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT MEMBERI SYAFAAT KEPADA ORANG YANG MEMBACANYA" (hadis Rasullullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim)

"Sesungguhnya perhatian Allah swt kepada pembaca Al Quran lebih daripada perhatian seorang tuan yang mendengar hamba perempuannya menyanyi " Hadis Riwayat Ibnu Majah

 

KAMI ADALAH SEPASANG SUAMI (RASZ) DAN ISTERI (AIN)

PERJALANAN HIDUP KAMI IALAH MENYERU MANUSIA KEPADA SLOGAN KATA 'HIDUPKANLAH BACAAN AL-QUR'AN TIDAK KIRA DIMANA SAHAJA!'

SEKIRANYA SAHABAT2 BLOG ADA KOMEN DAN IDEA, SEPULUH JARI KAMI SAMBUT SALAM PERKENALAN.



Anda adalah pengunjung yang ke

   

<< June 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Jun 3, 2005
Kembali Ke Al quran. Kalau di tanya dimana saya hendak mendengar Bacaan Qari2 yang baik ?? Jawabnya tidak ada.

Assalamualaikum Kawan2 ku seblog .Salam sejahtera Rasz ucapkan kepada sekalian semua . Bershukur Rasz kepada Allah swt atas limpah kurnianya yang banyak kepada Rasz  dengan sebenar2 shukur . Antaranya nikmat menulis di blog ini . Mudah2an kepada Kawan2 seblog di sana dapatlah kita berkongsi pengalaman manis dan pahit bersama walaupun tidak bertemu muka .

Bulan Maulid ini hampir sahaja akan berakhir. Rasz baru sahaja semalam menghadiri satu majlis sambutan maulid nabi di salah satu masjid yang terkenal di Singapura ini. Ramai para jemaah baik lelakinya dan juga yang perempuan hadir mengikuti acara2 yang di adakan sebagai memperingati akan hari kelahiran Nabi besar kita Muhahhmad SAW . Rasz perhatikan masjid yang Rasz hadiri ini mempunyai tradisinya tersendiri . Hampir tiap2 tahun akan dipanggilnya para Qari , Qasidah , Pencheramah dan para2 ahli agama dari negara jiran dan dari negara2 Arab istimewanya.

Sejak Rasz berkecipung dalam bacaan Al Quran ini , Rasz selalu ingin mendengar bacaan Qari 2 secara live di Singapura ini . Tetapi adalah teramat lah payah sekali . Rasz tertarik akan masjid ini kerana dia lah satu2 nya masjid di Singapura ini yang ada juga membawa Qari2 dari negara Arab untuk memperdengarkan bacaan mereka di sini , itu pun bila ada majlis maulid  sahaja . Pernah ketika mengajar Rasz tanyakan anak murid Rasz jika Rasz ingin mendengar bacaan persembahan Al Quran di Singapura ini , di manakah tempatnya ? Jawab mereka Sudah tidak ada lagi .

Teringat Lagi Rasz pada tahun 70an dahulu masih selalu juga Rasz mendengar Bacaan Al Quran di baca secara live di kebanyakan masjid sebelum masuknya waktu sholat oleh para Imam2 masjid yang merupakan para Qari .Masing2 masjid mempunyai para Qari mereka sendiri . Tetapi budaya yang sebegitu telah pun pupus di Singapura ini . Al Quran atau pembacaan Al Quran itu menjadi milik peribadi sahaja , bukan menjadi satu perkara yang di siarkan atau di perdengarkan untuk orang ramai. Wallahuaalam .

Firman Allah swt dalam ayat 20 surah Al Muzammil :-

"Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwa kamu beribadat malam hari kurang dari dua pertiga malam dan ada yang seperduanya ada pula yang sepertiganya dan juga segolongan orang2 yang bersama kamu. Dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu tidak dapat menentukan batas2 waktu, maka dia memberikan keringanan bagimu . Maka bacalah apa2 yang mudah dari Al Quran ."

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda :-
"Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak mahu melagukan AlQuran."
 
(riwayat Bukhari, Ahmad dan Abu Daud)

Sekian Hingga bertemu kembali

Wassalam

Posted at 05:44 pm by raszain

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry