Kembali Ke Al Quran . Bercerai berai .
Diam2 sudah masuk hampir lapan bulan nenulis di blog ni . Razs rasa bershukur kepada Allah . Masih di beri kesempatan dapat menulis lagi. Salam keatas junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW dan para sahabatnya. Kepada Kawan 2 seblog semoga bahagia.
Dan tidak lupa kepada Beau Mira yang baru di tinggal ibu nya . Salam tahziah dari Rasz . Kiriman Al fateha kepada Almarhuma ibumu. Dari Malik bin Rabiah as-Sa'idi r.a. katanya " Pada suatu ketika kita semua duduk2 di sisi Rasulullah saw , tiba2 datanglah kepadanya seorang lelaki dari bani Salamah. Orang itu bertanya : " Ya Rasulullah, apakah masih ada sesuatu amalan yang dapat saya amalkan sebagai kebaktian saya kepada dua orangtuaku setelah keduanya meninggal dunia?" Beliau saw menjawab: " Ya, masih ada. Yaitu mendoakan keselamatan untuk keduanya, memohonkan pengampunan kepadanya, melaksanakan janji kedua orang itu setelah wafatnya, mempereratkan hubungan kekeluargaan yang tidak dapat di hubungi kecuali dengan adanya kedua orangtua itu serta memuliakan sahabatnya." { Riwayat Abu Dawud } dari Kitab Riyadhus Shalihin. Demikianlah penjelasan yang ringkas untuk soalan Beau Mira semoga berpuas hati.
Minggu yang lepas Rasz telah bercerita tentang anak murid Rasz yang sudah berumur dan merangkak ketika membaca AL quran . Kali ini Rasz akan menceritakan sedikit tentang masaalah yang beliau ceritakan kepada Rasz sedikit. Seperti kebiasaan beliau pada malam hari Khamis , setelah mengambil tempat duduknya , beliau menceritakan kepada Rasz yang beliau menghadapi masaalah besar. " Saya dah ceraikan isteri saya Ustad . Dia kata saya dayuz . Saya ... apa lagi ceraikan dialah..." Katanya dengan wajah yang geram kepada Razs. Termenung sekejap Rasz di buatnya. Mood nak mengajarnya mengaji terus hilang. Terdiam tak berkata apa2 Rasz di buatnya. Setelah tenang Rasz pun bertanya kenapa nya. " Habis engkau macammana sekarang ok.?" cuba nak tenangkan fikiran dan perasaan nya." Ok lah ustad . Saya dah hantar dia kat rumah makpabak dia . Anak saya yang paling kecik saja yang sekarang tinggal dengan saya. Yang nombor 1 dn 2 ikut dia . Minggu lepas baru saya pergi mahkamah Sariah. " Rasz tak teruskan pertanyaan tentang hal dia lagi . Rasz terus suruh dia membaca sambungan pelajarannya. Hari itu Rasz suruh dia balik siang sedikit.
Pernah Rasz berbual2kan kisah anak murid Rasz ni dengan Ain . Rasz ceritakan yang anak murid Rasz yang satu ni nampak2 macam tak hendak balik ke rumahnya bila masa belajar tamat. Tentu ada apa2 masaalah . Nampaknya sangka Rasz tu terbukti benar . Kesian ...
Pernah Rasz mendengar satu Khutbah Jumaat satu ketika dulu yang mengatakan bahwa masyarakat Islam di Singapura ini menghadapi hampir purata 8 penceraian dalam satu hari.
Wallahua'lam. Pada Rasz masaalah utama terjadi nya penceraian ini, ialah kerana sudah tidak ada usaha untuk berkasih sayang dan bersiratul rahim antara dua manusia itu lagi. Masing2 hanya memikirkan kepentingan diri masing2 sahaja, akhirnya kesatuan hati dan fikiran sudah tidak ada lagi antara satu sama lain. Firman Allah swt dalam surah Annisa ayat 1 yang bermaksud:-
" Wahai sekelian manusia, bertakwa lah kamu kepada Tuhanmu, yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, kemudian menciptakan darinya pasangannya, dan dari keduanya dibiakkan zuriat keturunan yang ramai, lelaki dan perempuan. Bertakwalah kamu kepada Allah yang dengan namanya kamu selalu meminta, dan peliharalah hubungan silaturrahim "
Posted at 09:42 pm by raszain

 |  |  |
soalhati September 1, 2005 12:57 PM PDT
hm..betu tu akh rasz...nak bgtau skit ni..nama ana bukan 'ana'..sy bahasakan diri ana sbb guna bahasa arab:) |
 |

 |  |  |
Raszain August 31, 2005 10:38 PM PDT
Terima kaseh atas komen ana tu.
Sebagai bahan renungan sahaja, jikalau lah berlaku perselisihan antara sebuah pasangan dan penceraian merupakan jalan mudah yang mereka pilih dan tiada usaha untuk mengelakkan nya , alamat makin rosak lah masyarakat kita ini. Ini lah yang berlaku kepada anak murid Rasz. Keputusan yang di buatnya atas dasar desakan perasaan nya sahaja bukan dengan dasar musawarah dengan ahli keluarga atau sahabat2 yang rapat . Wallahualam. |
 |

 |  |  |
soalhati August 28, 2005 03:01 PM PDT
a'kum akh rasz...ana rase x sesuai ana panggil rasz saje sebaba ana yakin tentu rasz jauh beza umrnya dengan ana...
ana cuma nak bg sedikit pendapat. bg ana, yg terjadinya penceraian,selain yg rasz cakapkan tu,penceraian adakalanya disebabkan oleh si isteri@suami yg x sanggup lagi nak hadapi penderitaan jiwa. contohnya kalau bermadu. makin lama mungkin si isteri tertekan dan tidak tenang hidup,lalu baginya,penceraian adalah lebih baik dari 'makan hati berulamkan jantung' setiap hari. pernah seorang wanita berkata pd ana,''bila bercerai,hidup lebih tenang,bukan nak lari dari masalah,tapi bila x bermadu.kita tenang bila mengadap tuhan..kalau tak,asyik fikir je malam ni giliran siapa..''
kadang,penceraian itu jalan terbaik wlaupn mmg itulah yg paling dibencinNYA.... |
 |