"BACALAH AL-QUR'AN, SESUNGGUHNYA AL-QUR'AN ITU AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT MEMBERI SYAFAAT KEPADA ORANG YANG MEMBACANYA" (hadis Rasullullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim)

"Sesungguhnya perhatian Allah swt kepada pembaca Al Quran lebih daripada perhatian seorang tuan yang mendengar hamba perempuannya menyanyi " Hadis Riwayat Ibnu Majah

 

KAMI ADALAH SEPASANG SUAMI (RASZ) DAN ISTERI (AIN)

PERJALANAN HIDUP KAMI IALAH MENYERU MANUSIA KEPADA SLOGAN KATA 'HIDUPKANLAH BACAAN AL-QUR'AN TIDAK KIRA DIMANA SAHAJA!'

SEKIRANYA SAHABAT2 BLOG ADA KOMEN DAN IDEA, SEPULUH JARI KAMI SAMBUT SALAM PERKENALAN.



Anda adalah pengunjung yang ke

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Apr 3, 2005
Kembali Ke Al Quran. Kertas kerja

Assalamualaikum kepada Kawan2 semua semuga bahagia senantiasa. Rasz Alhamdulillah sehat2 belaka. Sudah lama tak menulis di blog ini. Harap maaf. Walaupun Rasz tidak menulis tetapi membaca Blog kawan2 yang lain tidak pernah missed dalam sehari sekali.

Semangat menulis itu masih membara lagi. Hari ini Rasz memilih untuk menulis satu kertas kerja yang Rasz kena siapkan untuk kelas agama yang Rasz hadiri. Tajuknya ialah Konsep Ibadah Dalam Islam.

Sebelum Rasz meneruskan perbinjangan Rasz mengenai tajuk di atas tadi.Marilah kita sama2 pahamkan akan setiap makna dari perkataan dari tajuk yang di sebutkan.

Konsep adalah dari perkataan inggeris yang sudah digunakan oleh orang melayu. Maknanya ialah pemikiran, pemahaman, idea, dan cara berfikir.

Ibadah dari sudut bahasa Arab berasal dari kata dasar ' Abada " yang ertinya menyembah. Pengertian dari sudut syarak ialah tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh keikhlasan.

Menurut Imam Ibnu Taimaiyah definasi ibadah itu ialah satu nama yang meliputi tiap2 perkara yang disukai, diredai oleh Allah, sama ada melalui perkataan atau perbuatan, zahir dan batin.

Di dalam pengertian lain di dalam tafsir Ibnu Katsir , menjelaskan
Ibadah itu ialah suatu pengertian yang mengumpulkan kesempurnaan, cinta, tunduk dan taat kepada Allah.

Dari dua contoh pengertian diatas apakah pahaman yang mudah bagi Rasz untuk mengingatinya dan yang dapat Rasz gunakan pahaman itu dalam setiap masa dalam kehidupan kita ini.

Firman Allah SWT dalam surah Az Zariyat Ayat 56 yang bermaksud:

"Dan aku tidak menciptakan Jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah ku"

Ketahuilah, Kita sebagai manusia ini telah diberikan kebebasan penuh untuk memilih akan apa2 yang kita suka dan cenderung. Dari sejak bangunnya manusia itu dari tidur hingga dia kembali ke kamar tidurnya, jika kita perhatikan , manusia itu senantiasa melakukan apa2 yang telah digemari ,disukainya dan sesuatu yang ia marasa selesa dengannya.Dari sebab kebebasan inilah menjadikan manusia itu menuju kearah kehancurannya sendiri.

Sebagai manusia yang telah memilih akan Islam sebagai agama nya dan kitab Al Quran sebagai panduan nya. Ayat di atas tadi telah menerangkan akan tujuan kenapa kita di ciptakan Allah.

Maka makna dari perkataan Konsep Ibadah dalam islam bolehlah Rasz pahamkan dengan makna pemikiran dalam tunduk dan patuh sepenuh keihlasan, dan kecintaan dalam menyerah diri kepada Allah.

Dari itu setiap perbuatan kita, sama ada zahir atau batin yang dilakukan untuk mencari keredaan Allah dengan menurut ketetapan yang telah di tetapkan didalam Al Quran adalah merupakan ibadah. Diterangkan oleh Allah dalam Al-Quran surah Ali Imran ayat 13 yang bermaksud

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang2 yang bertakwa."

Ya Allah ya tuhanku, hanya Engkaulah sahaja yang memilih akan hamba2 yang engkau cintai. Maka jadikan lah diriku salah seorang dari mereka .


Amin ya Rabbal a'lamin.
Sekian dari Rasz.

Posted at 03:29 am by raszain
Comments (3)  

Mar 16, 2005
Kembali Ke Al Quran. Cita2

Assalamualaikum Kawan2 semua .Bertemu kita kembali . Alhamdulillah shukur Rasz kepada Allah kerana dapat bercerita lagi.

Untuk permintaaan Nonleo .Bacalah cerita Rasz ini.

Pada malam minggu yang lalu sedang Rasz baring 2 di katil sebelum hendak tidur, anak Rasz yang bongsu si Danish tu selalu nya akan berbaring2 di sebelah Rasz sambil berbual2. Dalam perbualan tu secara tak sengaja termasuk cerita cita2 .

Rasz bertanya. "Danish, Danish... sudah besar nak jadi apa ".

Danish menjawab "Dah besar nak jadi Spiderman "

Rasz bertanya lagi "Spiderman tu di buat apa?."

Danish jawab lagi "Spiderman tu dia buat baju... Superman "

Rasz tersenyum dan bertanya lagi "Habis Superman... tu siapa?"

Danish dengan spontan menjawab "Superman tu yang pakai seluar dalam kat luar lah. Dia tak pakai seluar dalam kat dalam tau Ayah!." ( muka selamba sahaja )

Apalagi...ha! ha! ha! Rasz pun ketawa terbahak2 olih jawapan si Danish, anak Rasz yg berumur tiga tahun. Begitulah kisah anak Rasz yang cute tu.

Teringat Rasz masa kecil2 dahulu , macam2 nak jadi . Nak jadi Ultraman, Watari Boy , Batman , Grean hornet dan macam2 lagi gara2 pengaruh television.

Bila mula bersekolah angan2 dan cita2 pula pudar sampailah sekarang.Sudah bergelar ayah masih tiada apa yang menjadi impian dan cita2. Kalau ada pun sekadar kehendak2 yang biasa2 sahaja .Sungguh membosankan !.

Nasib baik ada guru yang mengingatkan Rasz tentang Cita2 dan Impian.Kata nya manusia yg tiada cita2 dan impian ialah manusia yang sudah mati .( Macam Zombie .Bluuur like sotong ). Sebab itu pekerjaan yg mereka lakukan semuanya lemah belaka tidak ghairah dan menarik.

Bagi Rasz sebagai orang Islam Cita 2 kita adalah untuk masuk ke Shurga berjirankan Allah dan Rasul serta orang2 yang dikasehi Allah di akhirat kelak.( bukan sebuk kan sangat hal2 dunia ni ).

Jadi kenalah berusaha sedikit dengan beramal saleh ( maaf banyak2 ) untuk mendapat kan apa yang di cita2kan seperti yang tersebut dalam surah Al Baqarah ayat 25 yg bermaksud :

" Dan berikan khabar gembira kepada orang2 yang beriman dan beramal saleh bahwa sesungguhnya untuk mereka shurga yang sungai2nya tetap mengalir. Setiap mereka di beri rezeki berupa buah2an mereka berkata ini menyerupai rezeki yang di berikan kepada kami dahulu . Mereka di beri rezeki yg bersamaan . Untuk mereka isteri2 yg suci bersih dan mereka kekal di dalamnya. "

Sehingga bertemu Kembali ....
Khas buat Nonleo.

Wassalam.




Posted at 01:27 pm by raszain
Make a comment  

Mar 7, 2005
Kembali ke Al Quran. Apa itu baik..

Assalamualaikum Kawan2 blog . Apa khabar semua . Harap dalam keadaan sehat walafiat. Rasz Alhamdulillah baik2 sahaja.

Selalu pada hari Isnin dan Selasa malam, Rasz ada mengajar mengaji untuk kaum bapa. Ramai nya murid tidaklah seberapa. Kebanyakan mereka bila ditanya kenapa datang belajar, mereka menjawab bahwa mereka inginkan bacaan yang baik(ada powerlah!).

Tetapi bila Rasz tanya satu soalan, adakah mereka pernah mendengar bacaan Qari2 yang baik2, mereka menjawab tidak pernah. Jawapan yang mereka berikan itu membuat Rasz teringat kepada satu peristiwa yang berlaku antara Rasz dengan anak Rasz yang kecil bernama Yusuf.

"Ayah..ayah..., jahat tu, kacau orang2 mengaji ehhh, buat bising2 ehh, lompat2 depan orang ngaji ehhh..." tanya anak Rasz si Yusuf tu dengan bahasa pelatnya.

"Habis baik tu apa Yusuf ?." Rasz tanyanya pula. "Baik tu baik lahh!!." Jawab si Yusuf.

"Ialah baik tu baik lah, tapi apa dia.... Yusuf." Rasz tanya lagi.

"Baik tu baik lahhhhh." Jawab si Yusuf.

"Ialah baik tu apa Yusuf?." Rasz tanya lagi secara mendesak."

"Tak tau lah ayah baik tu apa ...ayah cakaplahhh, apa tu baikkk, Yusuf tak tau lah ayah??." Jawab Yusuf dengan suara manja dan kebingungan.

Begitu lah anak2, mereka tiada contoh sesuatu, sudah tentu tidak dapat mengatakan nya. Begitu lah juga anak murid Rasz, Rasz beritahu mereka jika kita tiada contoh bacaan yang kita rasakan baik sebagai ikutan maka sudah tentu lah kita tidak akan dapat membaca dengan baik. Teringat Rasz firman Allah surah Al-Baqarah ayat : 177 yang bermaksud:-

"Bukanlah menghadapkan wajah mu kearah timur dan barat itu satu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat malaikat, kitab kitab, nabi nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak anak yatim, orang orang miskin, musafir dan orang orang yang meminta2 dan hamba sahaya, mendirikan shalat dan menunaikan zakat dan orang orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji , dan orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan peperangan. Mereka itu lah orang yang benar (imannya ) dan mereka itulah orang orang yang bertakwa."

Rasz senantiasa berusaha agar Rasz berada dalam golongan yang di maksudkan dalam Firman Allah yang tersebut di atas .


Sekian Wassalam
Hingga bertemu kembali
Rasz...

Posted at 07:33 pm by raszain
Make a comment  

Feb 28, 2005
Kembali ke Al Quran. Pergi ke johor

Alhamdulillah Rasz bershukur kepada Allah kerana masih di beri kesempatan untuk menulis di blog ini.

Si Ain sedang tidor kelelahan,maklumlah dia tu berpuasa hari ini. Membayar hutang puasa nya tahun lalu. Hari ini kami berdua ke Komtar Johor Bahru .

Selalu juga kami kesana membeli buku2 Iqra untuk anak murid yang baru hendak membaca Al Quran. Rasz yang mengajar kaum lelaki tahun ini sambutan kurang baik sedikit. Maklumlah kaum lelaki ini manalah ada masa nak belajar. Sehari suntuk dah bekerja,balik dah penat tinggal berehat dan tidor.

Bagi kaum perempuan lain sedikit .Tahun ini Alhamdulliah Ain dapat ramai juga anak murid baru. Bolih jadi mereka ini insaf sedikit sejak peristiwa Tsunami. Bila teringatkan mati tentulah teringat kan tuhan. Teringin nak membaca kalam Allah. Teringatkan Alquran. Ramai yang nak membaca nya tapi tidak tahu membaca.J adi guru2 mengaji jadi tempat sasaran mereka.

Ramai pula yang hendak kemasjid malu. Maklumlah umur2 mereka kebanyakan nya separuh nak masuk magrib. Apa kata orang di sekeliling nanti, kalau mereka tahu dia tak tahu membaca Al quran.

Malu.. mana muka nak taruh. Rasz cuma temankan si Ain tu pergi ke Komtar hari ini untuk membeli Al Quran yang ada terjemahan bahasa melayu. Bila Rasz tanya si Ain kenapa beli Al quran bertejemahan, dia jawab kalau anak murid nya uzur mereka bolih baca dengan Alquran yang ada terjemahan.

Rasz terfikir, bukankah membaca Al quran itu merupakan satu kebaikan di sisi Allah?. Apa ada kena mengena dengan keuzuran kaum wanita. Pelik juga Rasz fikirkan. Teringat Rasz dengan Kalam Allah Surah Al Baqarah ayat ke 110 yang bermaksud:

"Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa yang kamu usahakan untuk dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah maha melihat apa2 yang kamu kerjakan"

Kawan-kawan, Rasz cuma ingin bertanya sesiapa di luar sana yang ada pengetahuan tentang hukum bagi kaum perempuan membaca Al quran ketika uzur tolong lah beritahukan Rasz dalil2 Al quran dan Hadithnya .


Sekian sehingga ketemu lagi

Wassalam.

Posted at 12:15 am by raszain
Make a comment  

Feb 18, 2005
Kembali ke Al Quran. Hijrah

Assalmualaikum kawan2 Salam dari Rasz, semoga semua dalam keadaan sehat wal afiat. Sempena Tahun Baru Hijrah ini Rasz terbaca sepotong ayat Surah Annisa Ayat ke 100.




maksudnya:-Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya,  kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Surah Annisa ayat 100 ).

Bagi Rasz sesiapa sahaja yang ingin berpindah dari keburukan kepada kebaikan kerana Allah perupakan satu penghijrahan. ( ini cuma pendapat sendiri Wallahua'alam ). Penghijrahan kepada selain dari Allah merupakan suatu kerugian bagi diri seseorang itu. Sebagai seorang yang mengaku diri nya beriman dan islam tujuan utamanya adalah melakukan sesuatu yang membuat dirinya terasa semakin dekat kepada Allah dan keridaan nya.

Bagi Rasz membaca, mendengar, belajar dan mengajar Al Quran merupakan salah satu cara yang membuat kita merasa dekat dengan Allah.

Sehingga bertemu kembali Salam dari Rasz.

Posted at 04:16 pm by raszain
Comment (1)  

Feb 4, 2005
Kembali ke Al Quran. Bacaan Qari Arab

Assalamualaikum dari Rasz kepada kawan2 semua. Semoga dalam keadaan yg sehat wal afiat.

Seminggu yang lepas Rasz mendapat panggilan telepon dari seorang lelaki, katanya dia ingin belajar membaca alquran dgn Rasz. Dalam perbualan tu, dia memberitahu yang dia sudah bolih membaca Al-quran tetapi katanya bacaan nya tidak begitu baik. Rasz bertanya kepada nya bagaimana dia bolih tahu yg bacaan nya tidak begitu baik.. jawabnya bila dia membaca dia rasa berat dan tak sedap...(logic juga)...

Bagi Rasz pengalaman yg di hadapi olih lelaki tu memang Rasz pernah alami. Rasz di Singapura ini pun belumlah berjumpa Qari tempatan yg bacan nya menarik. ( Bolih membuat pendengarnya tertarik kepada Al-quran dan hendak membaca Al-Quran). Nasib Rasz baik ada kawan yg memperkenal kan Rasz kepada Bacaan Qari2 Arab.

Bacaan Qari2 Arab ini sungguh menarik sekali seperti Sheik Mutawwalli, Sheik Mustapa Ismail , Sheik Rejab Shaaban , Sheik Man'an dan banyak lagi. Bila mendengar bacaan mereka hati Rasz rasa sayu, sedih dan membuatkan Razs rasa dekat dgn Allah . Bacaan mereka membuat Rasz teringat akan akhirat. Bacaan mereka itu membuatkan Rasz bersemangat untuk membaca Al-Quran.

Sayangnya di Singapura ni budaya memperdengar bacan Alquran sudah tiada lagi. Kalau ada pun hanya di waktu Shalat. Itupun di baca olih para Imam yang kebanyakan nya bacaan mereka tidak memberi bekas langsung kepada para pendengar (termasuk Rasz sekali).

Kepada kawan2 yang belum pernah mendengar bacaan Qari2 Arab Rasz nasihatkan sebelum terlambat ( nanti hati ni tak berkenan langsung untuk mendengar Kalamuallah ) cubalah dengar bacaan2 Sheik yang Rasz sebutkan itu. Mudah2an selera teman2 terhadap Al-quran terubat.

Hingga bertemu kembali dilain masa ...
Dari Rasz

Posted at 01:46 am by raszain
Comment (1)  

Jan 23, 2005
Kembali ke Al Quran. Siapakah isteri-isteri Rasullullah?


Sedang Ain berlatih taranum dari Guru Sheik Syed Said, tiba2 terpandang buku mengenai isteri-isteri Rasullullah. Siapa mereka dan gelaran2 mereka.
  1. Siti Khadijah r..a. {wanita bangsawan dan dermawan)
  2. Saudah r.a (wanita sabar dan pemurah)
  3. Aisyah r.a.(wanita lincah dan cergas)
  4. Zainab r.a.(Ibu orang-orang miskin)
  5. Hafsah r.a.(wanita tabah dan bijaksana)
  6. Ummu Salamah r.a.(wanita cerdas dan berani)
  7. Zainab Bte Jahsyi r.a.(wanita membawa berkat bagi kaum wanita)
  8. Raihanah r.a.(wanita berpendirian kukuh)
  9. Juwairiyah r..a (wanita membawa berkat kepada kaumnya)
  10. Syafiyah r.a.(wanita cerdas dan murah hati)
  11. Ummu Habibah r.a.(wanita lambang ketabahan umat)
  12. Mariyah Al-Qibtiyah r.a.(wanita tabah dan sabar)
  13. Maimunah r.a.(wanita lambang kesetian isteri)
Tiba-tiba Ain tergerak pula nak tanya suami yang dicintai. "Ya hubbi gelaran apa kah yang U nak beri kat I?". Rasz ni semangnya tidak tahu apa.

Setelah Ain explain, dengan selamba dia menjawab ' wanita sotong' entahlah asal boleh aje. Tak apalah memandangkan dia sedang mengaji, nanti dia boleh jelaskan. Sotong pun sotong lah asal jangan blur like sotong sudahlah!.

InsyaAllah Ain akan ceritakan serba sedikit kehidupan mereka2 ini bersama Nabi

Ilalliqo.


Posted at 01:20 am by raszain
Comment (1)  

Jan 16, 2005
Kembali ke Al Quran. Sorryyyy.....lah lama tak blog.......


Hai !!!!Rasz minta maaf ... kawan2 ....kerana lama tak update ...
dah sebulan ... dah masuk tahun baru pun... dah nak sambut hari raya haji pulak.....si Ain pulak sibuk .... menguruskan anak2 ..maklumlah tahun baru .. pembukaan sekolah ...sampai tak ada time nak update blog ni sorryyyyy.... lah minta ampun...

Ehmm........ ok Rasz rasa semua dah maafkan Rasz dan Ain ...Terima kasih dan kepada tuhan Rasz bershukur.

Tadi sebentar sebelum menaip di blog ini Raz terbaca satu ayat yang maksudnya seperti berikut...

"Katakanlah, jikalau ayahmu, anak2mu, saudara2mu, isteri2mu, kaum keluargamu, kekayaanmu yg kamu semua peroleh, perniagaan yg kamu semua sukai itu lebih dicintai olihmu daripada Allah dan Rasulnya serta berjuang di jalan Allah , maka nantikan lah sehingga Allah akan mendatangkan perintahnya (kebinasaan).Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada orang2 fasik." (S.Taubah Ayat 24)

Terkenang Raz kisah Tsunami yang melanda Acheh ,Phuket .. .dll agaknya inilah yang dimaksudkan ayat diatas dan yang pelik nya Masjid2 di kawasan yang dilanda Tsunami berdiri tegak .. tidak musnah. .hairan..saolah2 menunjukkan hanya Allah sahaja yang kekal.

Raz dan Ain selalu mengingatkan diri supaya berusaha menyintai Allah dan Rasul ...dengan membaca AL-quran, mengajak kawan2 dan sesiapa saja yang sudi membaca Al quran bersama2 membaca Alquran, mengadakan majlis2 alquran dengan membaca Alquran.

Bila Rasz membaca Al quran terasa Hati Rasz dekat dengan Allah..Kalam Allah yang Rasz baca itu membuat Rasz rasa tenang dan tenteram. Semangat untuk memperbaiki diri timbul walaupun banyak dosa2 yang Rasz lakukan. Terkenangkankan Raz akan tuhan Rasz Allah yang pengasih dan penyayang. Senantiasa dia menyuruh Rasz supaya jangan berputus asa untuk berusaha mencintai Dia dan Rasulnya.

Tahun baru ini Rasz berazam untuk menerus kan lagi usaha Rasz itu dan menambahkan lagi peminat alquran dan pembaca alquran. Cinta kepada alquran adalah tanda cinta kan Allah.

Wallahua'lam sehingga bertemu lagi di lain masa...
 

Posted at 11:22 pm by raszain
Comment (1)  

Dec 24, 2004
Kami ada projek canggih sh.... belum release yet!

Assalamualaikum sahabat2 blog semua? em.... tak respon pun! Ain sebenarnya writing on behalf of Rasz sebab dia tu sibuk betul dengan projek barunya. It's a very very big projek you know! tak pernah orang melayu kita buat dan ianya sungguh canggih (the most latest inventory) dan yang pasti ianya meletup!. Sekarang projek itu sedang on trial, insyaAllah akan siap pada tahun 2005.

Apa sekalipun kami ingin berdoa sebagaimana dalam firman Allah surah Toha ayat: 25 - 28 yang bermaksud.

"Ya Tuhanku! lapangkanlah dadaku
Dan mudahkanlah bagiku urusanku
Dan uraikanlah (hilangkanlah) telo dari lidahku
Supaya mereka mengerti perkataanku"

Diblog ini kami berharap dapat bercerita tentang peristiwa2 menarik seperti Firman Allah didalam Al-quran, hadiths Nabi, wali2 Allah dan sebagainya. Untuk permulaan terdapat 114 surah didalam Al-quran dari Al-Fatihah hingga An-Naas dan huruf yang paling banyak sekali ialah huruf NUN

Harap diizinkan lagi oleh Allah kita melangkah terus kehadapan dan bertemu lagi di arena penulisan.


Posted at 06:03 pm by raszain
Comment (1)  

Dec 11, 2004
Assalamualaikum? We are still around

We've just bought a new computer and are happy to share stories among the blogdrivers. Unfotunately the systems turn up haywire. Too many virus. Anyway we thanks to all for the support and
comments. We'll be back!

Wassalam


Posted at 01:32 am by raszain
Make a comment  

Previous Page Next Page