|
Berbalik kepada Tajuk membaca Al Quran. Rasz yang ada mengajar membaca Al Quran kepada anak2 murid Rasz, bila Rasz bertanya kepada mereka, apakah ada ke mereka2 itu membaca Al Quran di khalayak ramai. Jawab mereka , mereka takut . Bukan apa alasan mereka takut kerana bacaan mereka belum baik, tajwid mereka belum sempurna. Lagipun kata mereka suara mereka belum lagi sedap di dengar . Begitulah alasan2 yang diberikan oleh mereka. Murid2 Rasz tu bila berada di dalam class , hendak membaca di hadapan murid2 lain pun terketar2 menggigil ketakutan pada pertam kali. Tetapi lama kelamaan perasaan takut, segan dan malu itu akhirnya berkurangan , berkat selalu berlatih membaca di hadapan murid lain. Bagi Rasz itu adalah pengalaman yang normal. Rasz juga pernah mengalami perasaan yang sama ketika membaca Al Quran pertama kali di khalayak ramai. Tetapi kerana berpendirian bahwa Al Quran itu adalah Kalam Allah tuhan Rasz yang patut Rasz banggakan dan patut rasz perdengarkan kepada sesiapa sahaja yang ingin mendengarkan nya maka perasaan gementar dan takut itu berkurangan sedikit. Kepada anak2 murid Rasz , Rasz galakkan mereka supaya selalu membaca dan mengadakan majlis Al Quran, samaada menghadiri majlis orang atau mengadakan majlis sendiri seperti majlis khenduri , tilawah atau class2 mengaji. Telah bersabda Rasul SAW : "Tiada berhimpun suatu kaum pada suatu rumah dari rumah2 Allah Taala dengan membaca kitab Allah dan bertadarus. Di antara mereka melainkan sakinah ( kesejahteraan ) keatas mereka, diselubungi oleh rahmat, dilingkungi para malaikat dan Allah menyebut mereka di kalangan orang yang berada disisinya " ( Riwayat Muslim dan Abu dawud dengan sanad yang sahih ). |
| hydrant system July 2, 2009 01:17 PM PDT alhamdilah kalau sihat | ||
| malaysia web design June 26, 2009 04:28 PM PDT AL-QURAN juga memberi ketenagn dalam hati | ||
| malaysia web design June 24, 2009 11:53 AM PDT al-quran penyuluh segalanya | ||
| fire extinguisher manufacturer June 3, 2009 04:46 PM PDT wasalam | ||
| Leave a Comment: |