|
Pada minggu yang lepas Rasz telah menghadiri satu majlis perkahwinan .Special sedikit majlis itu ( maaf , banyak special nya ) kerana di majlis itu telah diadakan pembacaan Al Quran.Maka ramai lah peserta yang yang menyumbangkan bacaan Al Quran kalau tidak silap lebih daripada dari 15 orang ramainya.. Berbagai cara dan lagu2 Al Quran yang di perdengarkan oleh para pembaca tersebut. Sungguh seronok sekali. Dalam kesempatan itu Rasz juga telah membawa seorang anak murid Rasz bersama untuk menyaksikan majlis perkahwinan itu. Rasz merasa bangga sekali kerana dapat berada disana, memandangkan jarang sekali majlis2 orang Islam kita yang ada pembacaan Al Quran seperti itu di Singapura. Bagi Rasz membaca Al Quran di majlis dan di khalayak ramai merupakan satu peluang yang Rasz tidak akan lepaskan jika ada kesempatan. Pada hari itu , buat pertama kali anak murid Rasz yang bernama Jasmani , berani pula hendak memperdengarkan bacan nya. Kesahnya sungguh menarik. Anak murid Rasz ini sejak beberapa minggu yang lalu menceritakan yang dia ashik mendengar bacaan Qari dari Malaysia iaitu Ustaz Haji Ismail bin Haji Hashim.Rasz apabila mengajarkan Al Quran kepada nya pun sudah melihat perubahan bacaan nya yang ada gaya2 Arwah Qari terkenal Malaysia itu. Peristiwa itu berlaku pada suatu hari, setelah ia habis membaca ayat2 suci Al Quran di depan Rasz , Rasz beritahunya bahwa bacaan nya telah bertambah baik berkat mendengar Qari Terkenal negara Malaysia itu. Beliau terperanjat kerana dia hairan bagaiman Rasz dapat tahu yang dia mendengar bacaan Qari Terkenal Malaysia itu. Rasz dengan terus terang memberitahukan dia yang di antara Qari2 yang paling Rasz minat di semenanjung Asia ini pertama adalah Ustaz Haji Ismai Haji Hashim. Dan Rasz telah mempelajari beberapa bait lagu beliau. Setelah menceritakan kepadanya beberapa nama2 qari yang terkenal di semenanjung asia .Rasz pun memberikannya sebuah cd Qari terkenal mesir iaitu Sheik Mustafa Ismail.Setelah dia mendengar bacaan Sheik Mustafa Ismail , dia beritahu Rasz bahwa bacaan Ustaz Haji Ismail Hj Hashim dengan bacaan Sheik Mustafa Ismail ini sungguh jauh mutu nya. Bacaan Sheik Mustafa Ismail lebih dia minati. Maka sejak hari itu bacaan kedua qari tersebut siling berganti dia mendengarnya, hingga lama kelamaan bila dia menbaca di depan Rasz adalah bau2 kedua lagu dan gaya qari tersebut. Balik kepada cerita majlis perkawinan tadi , ketika Jasmani dipersilakan untuk memperdengarkan bacaannya. Dia pada hari itu nampak gementar . suaranya sungguh perlahan dan bacaan nya jauh dari hari2 ketika dia membaca di depan Rasz. Dia terkial2 memaksa dirinya untuk membaca dengan baik .Sehinggakan masa 20 mins berlalu dia masih juga mencari gaya dan lagu2 yang biasa di bacakan kannya di depan Rasz ketika belajar. Rasz terpaksalah berdiri di hadapan nya untuk memberi isyarat untuk berhenti membaca kerana ada ramai peserta lain yang ingin memperdengarkan bacaan mereka. Mukanya nampak sedikit kehampaan dan tidak puas hati..... Firman Allah Taala surah Ar Rad ayat 28 " Orang2 yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingati Allah. Ingatlah! Hanya dengan mengingati Allah sajalah diperoleh ketenteraman hati. " Bersambung lagi.................... |
| Leave a Comment: |