|
Bulan Maulid ini hampir sahaja akan berakhir. Rasz baru sahaja semalam menghadiri satu majlis sambutan maulid nabi di salah satu masjid yang terkenal di Singapura ini. Ramai para jemaah baik lelakinya dan juga yang perempuan hadir mengikuti acara2 yang di adakan sebagai memperingati akan hari kelahiran Nabi besar kita Muhahhmad SAW . Rasz perhatikan masjid yang Rasz hadiri ini mempunyai tradisinya tersendiri . Hampir tiap2 tahun akan dipanggilnya para Qari , Qasidah , Pencheramah dan para2 ahli agama dari negara jiran dan dari negara2 Arab istimewanya. Sejak Rasz berkecipung dalam bacaan Al Quran ini , Rasz selalu ingin mendengar bacaan Qari 2 secara live di Singapura ini . Tetapi adalah teramat lah payah sekali . Rasz tertarik akan masjid ini kerana dia lah satu2 nya masjid di Singapura ini yang ada juga membawa Qari2 dari negara Arab untuk memperdengarkan bacaan mereka di sini , itu pun bila ada majlis maulid sahaja . Pernah ketika mengajar Rasz tanyakan anak murid Rasz jika Rasz ingin mendengar bacaan persembahan Al Quran di Singapura ini , di manakah tempatnya ? Jawab mereka Sudah tidak ada lagi . Teringat Lagi Rasz pada tahun 70an dahulu masih selalu juga Rasz mendengar Bacaan Al Quran di baca secara live di kebanyakan masjid sebelum masuknya waktu sholat oleh para Imam2 masjid yang merupakan para Qari .Masing2 masjid mempunyai para Qari mereka sendiri . Tetapi budaya yang sebegitu telah pun pupus di Singapura ini . Al Quran atau pembacaan Al Quran itu menjadi milik peribadi sahaja , bukan menjadi satu perkara yang di siarkan atau di perdengarkan untuk orang ramai. Wallahuaalam . Firman Allah swt dalam ayat 20 surah Al Muzammil :- "Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwa kamu beribadat malam hari kurang dari dua pertiga malam dan ada yang seperduanya ada pula yang sepertiganya dan juga segolongan orang2 yang bersama kamu. Dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu tidak dapat menentukan batas2 waktu, maka dia memberikan keringanan bagimu . Maka bacalah apa2 yang mudah dari Al Quran ." Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda :- "Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak mahu melagukan AlQuran." (riwayat Bukhari, Ahmad dan Abu Daud) Sekian Hingga bertemu kembali
Wassalam |
| Leave a Comment: |